Sunday, November 21, 2010

@friendship@

AKU INGIN KITA..
seperti Saidina abu Bakar as-siddiq,
persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..

Serta Tawakkal Khalilullah yang mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa berbicara,
meyakini Allah sebagai sebaik-baik Penjaga..

Aku impikan antara kita Seorang Umar..
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana..

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan maut,
akidah mantap tak ternggut,
roh dakwahnya tak pernah surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan penahan Hajjaj denagan rela,
bersama si ibu tua lantas syahid,
rohnya diiring ke syuga..

marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih,menggegar dunia..
merelakan tubuh dimamah peluru,
demi menegakkan Kalam Allah dan rasul..

Aku ingin kita sepemaaf Nabi Yusuf,
tetap mencintai ssudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari Ayahanda bertahun lamanya..

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat di Mahkamah Mahsyar nanti..

MOGA..
ukhuwwah kita bermula dengan nama Allah..
bersahabat dan berkasih kerana Allah..
berpisah dengan Innalalillah..
dan tertaut kembali dihadapan Allah..
lalu tergolong dalam kalangan mereka yang Allah naungi..